fbpx
Utama » Tentang Kami

Tentang Kami

Syarikat Kami

 

Selama lebih 60 tahun, Minyak Herba Cap Udang telah dipercayai untuk memberikan kelegaan segera daripada kegatalan dan bengkak kecil. Diperbuat daripada ramuan ekstrak herba semula jadi ianya sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Segala kebaikan ini dipadatkan dalam botol kecil yang mudah disimpan atau dibawa ke mana-mana untuk kemudahan anda sekeluarga. Jadi jangan lupa simpan satu di rumah atau bawa bersama Minyak Herba Cap Udang setiap kali anda ke mana-mana.

Sejarah

Pengasas Tai Tong Ah, mendiang En. Yeoh Liew Kung yang juga seorang doktor perubatan Cina berpengalaman, datang ke Singapura dari China Selatan pada tahun 1930-an. Beliau memulakan perniagaan pada tahun 1950-an dengan menghasilkan beberapa botol Minyak Herba Udang di rumah berdasarkan rumusan rahsia nenek moyangnya.

Produk ini mendapat perhatian kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai kecederaan dan penyakit kulit. Lalu meyakinkan En. Yeoh dan isterinya untuk mendirikan syarikat bagi menghasilkan Minyak Herba Cap Udang, salah satu daripada tiga produk utamanya.

Jaminan Kualiti

Kami menggabungkan prinsip pemprosesan saintifik moden dan formulasi ubat-ubatan Cina dalam proses pembuatan yang mematuhi amalan terbaik GMP sepanjang proses pengeluaran demi menjamin kualiti produk.

Minyak Herba Cap Udang juga turut menggunakan bahan-bahan yang bersih dan suci demi memastikan ia Halal dan selamat digunakan.

Pasaran Global

Selain pasaran utamanya di Singapura, Malaysia, China, Thailand dan Hong Kong, Minyak Herba Cap Udang turut dipasarkan di Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Australia, New Zealand, Afrika Tengah, Afrika Selatan, United Kingdom dan Kanada.

Double Prawn™ dan Rumagon™ adalah tanda dagangan berdaftar Tai Tong Ah Co Pte Ltd.

© 2024 Tai Tong Ah, Semua hak terpelihara.