DIJAMIN BERSIH DAN SUCI
Minyak Herba Cap Udang dihasilkan tanpa keraguan demi memastikan kebersihannya. Setiap peringkat pembuatan dipantau secara teliti agar mematuhi syarat ketat pensijilan Halal yang dikenakan demi ketenangan anda.
Ramuan
Kapur Barus, Minyak Pudina, Ekstrak Rubarb dan lain-lain.
Cara Penggunaan
Kegatalan: Sapu pada tempat yang gatal beberapa kali sehari.
Bengkak: Tuang pada kapas dan balut, atau rendam bahagian bengkak dalam minyak selama 10-30 minit.
Kata-kata pelanggan kami
Mahu berkongsi pengalaman baik tentang Minyak Herba Cap Udang?
Kongsikan testimoni anda dan menangi hadiah kecil.
Saya suka menggunakan minyak herba cap udang kerana dapat melegakan luka-luka kecil dan gigitan serangga serangga.
Che Hasmahanim Binti Che Jusoh
Malaysia
Minyak herba cap udang antara terbaik dan tak rugi menggunakannya kerana baunya sedap, selesa memang sentiasa jadi peneman bawa ke mana sahaja berada. Moga minyak ini menjadi pilihan ramai lagi.
Salina Binti Shaharuddin
Malaysia
Saya beli dan guna. Sangat sesuai untuk luka, bengkak dan gatal-gatal. Harga yang berpatutan dan beruntung saya telah memiliki minyak ini. Saya akan membelinya lagi.
Din
Malaysia
Saya sentiasa menggunakan minyak herba cap udang ini kerana dapat membantu meringankan sakit gigi dan perut, luka dan gatal akibat digigit serangga, infeksi kulit, sakit otot, luka bakar, dan menghilangkan gatal, bengkak dan kudis.Setiap ibu dan keluarga harus ada disetiap rumah!
Cik Watie Allie
Malaysia
Minyak Herba Cap Udang sangat berkesan dalam menghilangkan gatal-gatal pada kulit (terutamanya akibat gigitan serangga), sapu sekali pun dah lega. Minyak sapu ini juga dibuat daripada bahan-bahan semulajadi, jadi yakin dan tak risau untuk menggunakannya seisi keluarga.
Nur Azlan Bin Zainuddin
Malaysia
Minyak Herba ini sangat berkesan. Apabila saya menyapukannya pada luka, darah akan berhenti serta-merta. Saya akan membeli dan membawa pulang Minyak Herba ini ke Filipina untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan saya setiap kali.
Cik Ginalyn Villion
Filipina
Datuk saya sentiasa menyimpan sebotol Minyak Herba ini di atas meja sisi katilnya. Setiap kali kami terjatuh atau gatal akibat gigitan nyamuk, kami akan duduk di tepi katil dan datuk akan menyapukan minyak herba dengan kapas pada bahagian yang tercedera atau tergigit. Pengalaman ini membuat kami lebih tenang kerana kami tahu apa-apa ketidakselesaan akan cepat hilang.
Sampai sekarang, saya menyimpan sebotol Minyak Herba Cap Udang di meja sisi katil dan menggunakannya setiap kali ada ruam atau kegatalan. Ruam tersebut akan hilang keesokan harinya!
Aromanya yang menenangkan mengingatkan saya yang semua kesakitan akan berlalu, dan semua luka akan sembuh.
Cik Rachel Lim
Singapura
Minyak Herba ini telah menjadi teman di rumah kami sejak saya kecil. Minyak ini memberikan kelegaan serta-merta dan mempercepatkan penyembuhan luka akibat gigitan serangga, terpotong, atau terjatuh. Ia juga mampu mengeringkan jerawat hanya dalam satu malam. Aroma uniknya menggamit kenangan masa kecil, ketika nenek membebel sambil menyapukan ‘Qing Cao You’ pada luka cucu-cucunya yang nakal selepas terjatuh di taman permainan.
En Max Cheng
Singapura
Saya bekerja di dapur sebuah kedai makanan dan minuman, jadi kejadian seperti melecur atau kecederaan adalah sangat biasa.
Apa yang paling menggembirakan adalah saya sentiasa membawa Minyak Herba Cap Udang bersama saya. Selain melegakan luka melecur dan menghentikan pendarahan, yang paling penting, Minyak Herba Cap Udang juga membasmi kuman pada luka agar cepat sembuh.
Saya sangat berpuas hati dengan produk ini. Ia wajib ada di rumah dan di tempat kerja.
Cik Elifi
Indonesia
Saya telah menggunakan Minyak Herba ini sejak kecil. Produk ini telah menemani saya di pelbagai peringkat kehidupan, terutamanya semasa Program Perkhidmatan Negara, untuk meredakan jangkitan kulat dan gigitan serangga. Hingga kini, minyak ini menjadi kemestian dalam kotak pertolongan cemas saya.
Terima kasih atas produk yang hebat ini yang benar-benar berkesan.
En Jayden Ang
Singapura