NAK MENANG HADIAH TUNAI?!
Tempoh peraduan: 10 April 2026 - 30 April 2026
NAK MENANG HADIAH TUNAI?!
Tempoh peraduan: 1 April 2026 - 30 April 2026
10 Pemenang Wang tunai RM100
CARA PENYERTAAN
Langkah 1:
Klik pada video ini di profil Minyak Herba Cap Udang.
Langkah 2:
Klik ikon di bawah.
Langkah 3:
Klik “Use sound” dan rakam video anda meniru gaya udang kami. Kemudian muat naik video anda dan #sapusikitteruslega
Jom Sertai Sekarang!
Jangan lepaskan peluang untuk menang!
Sapu sikit, terus lega – bersama Minyak Herba Cap Udang.
TERMA & SYARAT
Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang dinyatakan di bawah:
1. Penganjur
Peraduan ini dianjurkan oleh Minyak Herba Cap Udang (“Penganjur”).
2. Kelayakan Penyertaan
2.1 Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja yang menetap di Malaysia.
2.2 Peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh penyertaan.
2.3 Peserta di bawah umur 18 tahun hanya dibenarkan menyertai peraduan ini dengan pengawasan dan kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah, dan penyertaan dianggap telah mendapat persetujuan tersebut.
2.4 Peserta mestilah mempunyai akaun TikTok yang aktif dan ditetapkan sebagai akaun awam (public) sepanjang tempoh peraduan.
2.5 Pekerja, wakil, ejen, rakan niaga Penganjur serta ahli keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai peraduan ini.
3. Tempoh Peraduan
3.1 Peraduan akan berlangsung dari 10 April 2026, jam 1 pagi hingga 30 April 2026, jam 12 malam.
3.2 Sebarang penyertaan yang diterima sebelum atau selepas tempoh yang dinyatakan tidak akan diterima atau dipertimbangkan.
4. Cara Penyertaan
Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu
4.1 Mengikuti akaun TikTok rasmi Minyak Herba Cap Udang.
4.2 Menggunakan sound rasmi peraduan yang disediakan melalui video rasmi di akaun TikTok Minyak Herba Cap Udang.
4.3 Merakam dan memuat naik video TikTok dengan meniru pergerakan “udang” seperti yang ditunjukkan dalam video contoh yang disediakan oleh Penganjur.
4.4 Menggunakan hashtag #sapusikitteruslega dalam kapsyen video penyertaan.
4.5 Video mestilah hasil karya asli peserta dan tidak melanggar mana-mana hak cipta pihak ketiga.
4.6 Kandungan video tidak boleh mengandungi unsur lucah, ganas, sensitif, berunsur kebencian, politik, perkauman, atau mana-mana kandungan yang melanggar undang-undang serta garis panduan komuniti TikTok.
5. Kriteria Penilaian & Pemilihan Pemenang
5.1 Semua penyertaan yang layak akan dinilai oleh pihak Penganjur.
5.2 Penilaian adalah berdasarkan kreativiti, keunikan, dan kesesuaian kandungan dengan jenama Minyak Herba Cap Udang.
5.3 Pemenang akan dipilih sepenuhnya berdasarkan budi bicara Penganjur.
5.4 Keputusan Penganjur adalah muktamad, dan sebarang rayuan, pertikaian atau bantahan tidak akan dilayan.
6. Hadiah Pertandingan
Wang tunai RM100 untuk 10 pemenang
7. Pengumuman & Penebusan Hadiah
7.1 Pemenang akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi Minyak Herba Cap Udang dan pemenang akan dihubungi menerusi akaun TikTok mereka.
7.2 Pemenang perlu menghubungi Penganjur dalam tempoh yang ditetapkan selepas pengumuman dibuat dan pemenang dihubungi menerusi akaun TikTok mereka.
7.3 Sekiranya pemenang gagal memberi maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, Penganjur berhak membatalkan kemenangan tersebut dan memilih pemenang lain.
8. Hak Penggunaan Kandungan
8.1 Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan, memuat naik semula, menyunting, memaparkan dan menerbitkan video penyertaan bagi tujuan pemasaran, promosi dan komunikasi jenama tanpa sebarang bayaran tambahan.
8.2 Hak cipta kandungan kekal milik peserta.
9. Tanggungjawab & Liabiliti
9.1 Penyertaan adalah atas risiko peserta sendiri.
9.2 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, tuntutan atau kerosakan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akibat penyertaan dalam peraduan ini.
9.3 Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah teknikal termasuk kegagalan sistem, rangkaian atau platform TikTok.
Terma Am
10.1 Peraduan ini tidak ditaja, disokong atau dikendalikan oleh TikTok.
10.2 Penganjur berhak untuk meminda, menambah baik atau mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
10.3 Penyertaan dalam peraduan ini dianggap sebagai persetujuan penuh terhadap semua terma dan syarat yang dinyatakan.